59 mangsa banjir di empat PPS

59 mangsa banjir di empat PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu melanda dua lagi daerah iaitu Marang dan Setiu, hari ini menjadikan jumlah mangsa bertambah kepada 59 orang daripada 15 keluarga setakat pukul 4 petang ini.

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pagi tadi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai dan Dewan Sivik Wakaf Tapai di Marang serta Balai Raya Kampung Bintang di Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 29 mangsa daripada lapan keluarga kini berpindah di dua PPS Marang manakala seorang di PPS Setiu.

“Mangsa banjir di daerah Kemaman bagaimanapun masih kekal tidak berubah iaitu 29 orang daripada enam keluarga.

“Kesemua mereka masih berada di PPS Balai Raya Padang Kemunting dan tidak dibenarkan pulang kerana masih terdapat kawasan sekitar rumah digenangi air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika ini, hujan lebat dan sederhana masih melanda beberapa daerah di seluruh Terengganu dan orang ramai diminta terus bersedia untuk berpindah ke PPS terdekat sekiranya perlu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan satu sungai telah melepas paras bahaya setakat pukul 4 petang ini.

Sungai tersebut ialah Sungai Nerus di Kampung Langkap, daerah Setiu yang merekodkan bacaan setinggi 21.06 meter berbanding paras bahaya 21 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya