KUALA TERENGGANU : Seramai 55 mangsa daripada 14 keluarga masih terjejas akibat banjir di Terengganu setakat pukul 8 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) nerkata, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Marang ketika ini.
“Daripada jumlah itu, 43 mangsa daripada 11 keluarga berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai manakala 12 mangsa daripada tiga keluarga berada di Dewan Sivik Merchang.
“Meskipun situasi banjir di semua daerah hampir pulih sepenuhnya, kesemua mangsa ini tetap tidak dibenarkan pulang kerana rumah mereka masih digenangi air berikutan banjir termenung,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Keadaan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu pada pagi ini mendung dan hujan renyai .
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang telah melepas paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.
Namun, Sungai Nerus di Setiu masih melepasi paras berjaga-jaga ketika ini. – UTUSAN