5,000 mahasiswa, graduan universiti sertai program GOT

5,000 mahasiswa, graduan universiti sertai program GOT

MUSTAPHA Sakmud (dua, kiri) bergambar bersama pemenang Anugerah Peserta Terbaik GOT di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program MOHE-MDEC Global Outsourcing Talent (GOT) dilihat laluan penting bagi mahasiswa dan graduan universiti memanfaatkan peluang yang ditawarkan dunia digital global.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, program yang dicetuskan oleh
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu telah melatih ribuan peserta setakat ini.

Beliau berkata, peserta telah didedahkan dengan bidang-bidang yang amat diperlukan dalam ekonomi gig global termasuk dalam reka bentuk web dan IT; media kreatif dan pengurusan media sosial.

“Bidang-bidang ilmu itu selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 yang menumpukan pemantapan ekosistem keusahawanan, memperkasa jaringan keusahawanan berimpak tinggi dan keusahawan berteraskan inovasi dan teknologi.

“Program ini adalah bukti bahawa kita sedang berada di landasan yang betul dalam membangunkan bakat tempatan yang berkemahiran tinggi serta menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab bakat digital bertaraf dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan GOT di sini, hari ini.

Katanya, latihan yang disediakan kepada graduan dan mahasiswa memberikan mereka kemahiran relevan yang diperlukan dalam pasaran kerja global, di mana ekonomi gig kini semakin mendapat tempat.

Mustapha berkata, ketika ini, ekonomi gig menawarkan fleksibiliti kepada konsep pekerjaan tradisional dan juga mampu menjana pendapatan yang premium kepada peserta.

UKM sebagai universiti penyelaras telah menerima peruntukan dana daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebanyak RM25 juta melalui Dana PENJANA KPT-CAP manakala, MDEC pula dilantik
sebagai penyedia perkhidmatan untuk program ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya