400,000 kenderaan EV atas jalan raya menjelang 2030

400,000 kenderaan EV atas jalan raya menjelang 2030

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menjangkakan sekurang-kurangnya 400,000 unit kenderaan penumpang dan perdagangan berkuasa elektrik (xEV) yang akan berada di atas jalan raya menjelang 2030.

Jumlah itu adalah 20 peritus daripada jualan tahunan kenderaan penumpang dan perdagangan baharu jenis xEV yang merangkumi Hybrid, Plug-In Hybrid, Kenderaan Elektrik Berbateri (BEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sehingga September lalu, kadar jualan tahunan kenderaan xEV di negara mencapai 5.11 peratus atau 33,319 unit, manakala pada tahun 2023 secara keseluruhannya adalah 4.12 peratus atau 35,3723 unit.

“Jika dilihat tren pencapaian pada 2023 dan 2024, kerajaan menjangkakan jumlah terkumpul xEV yang berada di atas jalan raya akan mencecah sekurang-kurangnya 400,000 unit kenderaan penumpang dan perdagangan dalam tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (PH – Cheras) yang memintanya menyatakan berapa banyak kenderaan EV yang dijangkakan berada di atas jalan raya menjelang tahun 2030 dan apakah bentuk peruntukan khusus pembangunan infrastruktur pengecas EV atau Operator Pusat Mengecas dalam Belanjawan.

Kok Wai juga meminta Zafrul untuk menyatakan strategi jangka panjang kementeriannya untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan pembinaan infrastruktur mengecaj.

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, walaupun di dalam Belanjawan 2025 tidak menyatakan cadangan dari segi peruntukan khusus kepada pembangunan infrastruktur pengecas EV disediakan, tetapi terdapat insentif diberikan dalam Belanjawan 2024 yang masih dilaksanakan bagi membantu pembangunan kemudahan tersebut.

Katanya, antara insentif tersebut adalah program Green Investment Tax Allowance (GITA) di mana Charging Point Operator (CPO) yang memenuhi kriteria galakan cukai boleh mendapat pengecualian cukai dalam bentuk Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

“Elaun ini boleh digunakan untuk ditolak sehingga 100 peratus daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.

“Selain itu, insentif dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan juga sedang ditawarkan kepada syarikat-syarikat pengeluar EV Charging Equipment iaitu pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan ke atas pendapatan berkanun mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya