400 isi rumah B40 terima sumbangan Yayasan Bank Rakyat

400 isi rumah B40 terima sumbangan Yayasan Bank Rakyat

DARI kiri, Pengerusi TEKUN Nasional, Dato' Abdullah Sani Abd Hamid, penerima bantuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Encik Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Hajah Faizah Ariffin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Encik Mohamad Ghazali Zainal Abidin di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Bakul Makan Yayasan Bank Rakyat Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah 400 isi rumah golongan B40 di sekitar Terengganu menerima RM150 dan sumbangan bakul makanan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariffin berkata, bantuan ini difokuskan kepada mereka yang memerlukan terutama dalam kalangan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal. 

“YBR prihatin dengan kekangan yang dihadapi dan berharap bantuan ini menjadi medium yang efisien dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas harian terbaik untuk anak-anak.

“Semoga bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung dan sebagai tambahan daripada bantuan yang disalurkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sejumlah RM60,000 diperuntukan pada Majlis Penyampaian Ihsan Madani yang turut dihadiri oleh Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Md. Asyraf Zulfadhly Md. Zainudin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Faizah berkata, YBR sentiasa prihatin dengan isu rakyat selain mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dalam memperluas agihan bantuan.

“Kami di YBR sentiasa cakna dalam membantu masyarakat dan amat mengalu-alukan NGO lain yang sudi untuk berganding bahu dalam menyalurkan bantuan ini supaya dapat diperluas dan lebih ramai akan merasai manfaat,” katanya.

Pada 2024, YBR memperuntukkan hampir RM600,000 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama dalam kalangan B40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya