4 pemuda mengaku tak bersalah rogol gadis bawah umur

4 pemuda mengaku tak bersalah rogol gadis bawah umur

EMPAT pemuda mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Balik Pulau, Pulau Pinang atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 10 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Empat pemuda yang juga merupakan rakan sekerja di sebuah syarikat kargo mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, hampir dua minggu yang lalu.

Tertuduh, Mohammad Syaril Mohamad Roni, 24; Muhammad Syamir Sahimi, 20; Muhammad Shazwan Akmal Dzulkifli, 20 dan Mohd. Adam Zulkifli, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang berasal dari Kedah dan Kelantan itu didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 10 November lalu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas antara pukul 2 hingga 5 pagi.

Atas kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala kesemua empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, ketika prosiding, Jin Hong tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan usia keempat-empat tertuduh telah melebihi 16 tahun, tiada masalah kesihatan selain kesalahan tersebut dianggap serius kerana mangsa masih di bawah umur.

Ahzal Fariz kemudian bersetuju untuk tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin serta menetapkan 7 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi tujuan lantikan peguam dan serahan dokumen berkaitan.

Utusan Malaysia pada 12 November lalu melaporkan, empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian rogol secara bergilir-gilir terhadap seorang remaja perempuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas.

Difahamkan, remaja perempuan itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Sungai Nibong dan kejadian rogol bergilir-gilir tersebut berlaku di rumah yang disewa suspek.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya