384 mangsa banjir ditempatkan di 14 PPS di Terengganu

384 mangsa banjir ditempatkan di 14 PPS di Terengganu

SEKUMPULAN kanak-kanak mengambil kesempatan bermain banjir di Kampung Rawai, Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir gelombang pertama di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa berkurangan sedikit kepada 384 orang daripada 81 keluarga setakat pukul 3 petang ini.

Ketika ini, sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di lima daerah iaitu empat di Marang, empat di Dungun, tiga di Hulu Terengganu, dua di Kemaman dan satu di Besut.

Jumlah mangsa banjir yang direkodkan setakat pukul 8 pagi tadi adalah seramai 398 orang daripada 84 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan jumlah mangsa banjir di Marang tidak berubah iaitu 195 mangsa daripada 37 keluarga.

“Di Dungun, seramai 61 mangsa daripada 12 keluarga kini berada di empat PPS manakala di Hulu Terengganu pula, seramai 55 mangsa daripada 15 keluarga kini berada di tiga PPS,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Situasi sama juga berlaku di Besut dengan mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 41 orang daripada lapan keluarga yang kini berada di satu PPS.

“Di Kemaman, situasi banjir kekal tidak berubah dengan 32 orang daripada lapan keluarga dan masih berada di dua PPS manakala di Setiu, PPS terakhir iaitu Balairaya Kampung Bintang telah ditutup sepenuhnya tengah hari tadi,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya