381,859 warga asing pulang ke negara asal

381,859 warga asing pulang ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 381,859 warga asing pulang ke negara asal dalam tempoh empat tahun hingga September 2024, menerusi inisiatif oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membendung kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, menerusi Program Repatriasi Migran yang bermula pada 1 Mac 2024, seramai 139,678 orang PATI berdaftar dalam insiatif itu.

“Daripada jumlah tersebut seramai 124,040 PATI pulang ke negara asal,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd.. Nor di Dewan Rakyat mengenai status terkini keberkesanan operasi JIM dalam membanteras warga asing yang masuk secara haram hari ini.

Selain daripada itu, katanya, JIM juga melaksanakan satu lagi inisiatif bagi PATI untuk pulang ke negara asal mereka di bawah Program Rekalibrasi Pulang (RP) mulai 21 Disember 2020 hingga 31 Disember 2022.

“Sepanjang tempoh program tersebut, seramai 295,518 warga asing telah berdaftar dalam program tersebut.

“Daripada jumlah tersebut seramai 257,819 warga asing telah pulang ke negara asal mereka,” katanya.

Sementara itu, pada tahun 2023, JIM melaksanakan satu inisiatif khusus bagi warga asing yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa dengan menawarkan kompaun dan pengecualian pendakwaan.

Inisiatif tersebut disediakan bagi warga asing menyerah diri kepada pihak berkuasa, susulan tinggal lebih masa melebihi 90 hari.

Pelaksanaan inisiatif yang bermula sejak 16 Jun 2023 hingga 1 Mei 2024 melibatkan semua pejabat penguatkuasaan imigresen di seluruh negara serta 22 buah pejabat imigresen di pintu masuk negara.

Melalui program tersebut, seramai 8,911 orang PATI yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa telah menggunakan inisiatif itu dengan jumlah kutipan kompaun sebanyak RM4,729,570. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya