3,200 pegawai perubatan kontrak dilantik tetap

3,200 pegawai perubatan kontrak dilantik tetap

BANGUNAN Kementerian Kesihatan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan (KKM) dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Oktober lalu.

KKM dalam satu ke­nyataan memaklumkan, mana-mana calon yang berhasrat merayu pertukaran penempatan boleh dibuat menerusi Google Form yang disediakan dalam sistem e-Placement.

Katanya, permohonan itu boleh dibuat dari 5 hingga 11 November ini bagi pegawai perubatan manakala untuk pegawai pergigian dan pegawai farmasi dipanjangkan sehingga 15 November.

“Hanya rayuan yang dikemukakan menerusi Google Form dalam tempoh ditetapkan dibawa untuk pertimbangan.

“Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon menerusi portal Semakan Kerjaya KKM pada 2 Disember ini,” katanya semalam.

Menurut KKM, aspek rayuan yang akan dipertimbang adalah calon yang sedang mengikuti pengajian kepakaran diluluskan oleh KKM.

Selain itu ialah calon, pasangan atau anak menghidap masalah kesihatan yang serius (disokong laporan perubatan) dan permohonan suka sama suka yang dikemukakan.

“Urusan penempatan calon ke fasiliti dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri mulai 23 Disember ini. Tarikh pelantikan tetap calon adalah mengikut tarikh kuat kuasa melapor diri bertugas iaitu 30 Disember ini atau tarikh baharu yang diluluskan oleh Ketua Jabatan sekiranya memohon penangguhan lapor diri bertugas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya