32 PATI bekerja di pusat beli-belah ditahan

32 PATI bekerja di pusat beli-belah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur menahan seramai 32  pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, hari ini.

Serbuan kira-kira 12.30 tengah hari dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu dijalankan susulan aduan awam mengenai kebanjiran PATI yang bekerja di deretan premis kedai di pusat beli-belah berkenaan.

Ketika serbuan, ada antara PATI dikesan menyamar sebagai pelanggan selain cuba melarikan diri.

Malah, menyedari kehadiran pihak berkuasa, warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah ini bertindak melarikan diri serta cuba bersembunyi, namun tindakan itu digagalkan pasukan operasi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 39 warga asing diperiksa dalam serbuan terbabit. 

Katanya, daripada jumlah terbabit, seramai 32 warga asing berusia antara 23 hingga 46 tahun ditahan pihaknya.

“Kesemua yang ditahan merupakan lelaki warga Bangladesh (11 orang), Pakistan (18 orang), dan India (tiga orang).

“Mereka yang ditahan disyaki tidak mempunyai permit, permit tamat tempoh dan tidak mematuhi syarat-syarat permit untuk tinggal di negara ini,” katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat syarikat yang menawarkan kerja dan perlindungan kepada PATI.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya