3 elemen utama diteliti audit 1,856 entiti, GLC tahun depan

3 elemen utama diteliti audit 1,856 entiti, GLC tahun depan

WAN SURAYA WAN MOHD RADZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara (JAN) akan meneliti tiga elemen utama dalam menjalankan audit terhadap 1,856 entiti termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mulai tahun depan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, tiga elemen berkenaan termasuk penyata kewangan, objektif penubuhan syarikat dan aspek tatakelola syarikat berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati, objektif penubuhan syarikat pada asalnya lain, namun selepas beberapa tahun ia berubah.

“Dalam aspek tatakelola pula, bagaimana soal pemberian bonus diagihkan serta pelantikan ahli lembaga pengarah syarikat dan sebagainya.

“Dalam perluasan kuasa yang diperuntukkan, Ketua Audit Negara diberi kuasa menjalankan pengauditan terhadap akaun 1,856 badan lain termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkuat kuasa 1 November lalu,” katanya pada sesi  Forum Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika Dari Sudut Ketua Audit Negara di sini, hari ini.

Beliau ingin mengingatkan entiti yang belum diaudit sebelum ini supaya bersedia untuk diaudit pada bila-bila masa menggunakan sistem pendigitalan yang dibangunkan JAN.

“Anda semua perlu bersedia. Ini adalah era akauntabiliti. Kalau selama ini kita selamba, maksudnya tidur dalam keadaan tak diganggu. 

“Tapi sekarang ini, semua syarikat kerajaan perlu bersedia dengan dokumentasi dan semua data berkaitan untuk diserah dan diaudit. Inilah ekosistem auditan yang akan mula diperkenal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya