2,765 mangsa banjir dipindahkan di 14 PPS - Utusan Malaysia

2,765 mangsa banjir dipindahkan di 14 PPS

PEGAWAI Pejabat Daerah Hulu Terengganu bertanyakan khabar mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Kemat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hari kedua banjir gelombang pertama di Terengganu merekodkan seramai 2,765 mangsa daripada 603 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, ketika ini sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di lima daerah yang terjejas.

Menurutnya, selain Kemaman, empat lagi daerah yang baru dilanda banjir ialah Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.

“Mangsa banjir tertinggi setakat ini ialah di Kemaman iaitu 2,584 mangsa daripada 554 keluarga yang kini berada di lima PPS.

“Di Hulu Terengganu, seramai 94 mangsa daripada 25 keluarga pula berada di enam PPS manakala di Setiu, seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di satu PPS.

“Di Marang, hanya satu PPS dibuka menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga manakala di Dungun, lima sekeluarga ditempatkan di satu PPS,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan hanya satu sungai di Terengganu yang telah melepasi paras amaran setakat pukul 8 pagi ini.

Stesen bacaan di Sungai Tumpat, Kampung Baru Kemasik di Kemaman merekodkan ketinggian air 2.30 meter berbanding paras amaran 1.90 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya