251 usahawan Kelantan manfaat aplikasi Craft On The Go promosi produk kraf

251 usahawan Kelantan manfaat aplikasi Craft On The Go promosi produk kraf

MOHD. Hafiz Abdul Halim (kanan) bersama Adiguru Kraf Batik Blok, Ibrahim Deraman ketika mengunjungi bengkel Kraf Batik Blok di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan, semalam. - MINGGUAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seramai 251 usahawan kraf di negeri ini memanfaatkan aplikasi Craft On The Go (COTG) bagi mempromosi produk ke­luaran mereka ke seluruh negara.

Penolong Pengarah Krafta­ngan Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd Hafiz Abdul Halim berkata, mereka merupakan usahawan tekstil, hasil rimba, logam, hasil tanah dan aneka kraf.

“Dengan aplikasi COTG, pe­minat boleh mendapat maklumat di hujung jari kerana kandungan yang boleh didapati di dalam aplikasi itu seperti profail usahawan kraf, maklumat produk, platform media sosial usahawan kraf dan lokasi pusat jualan.

“Pada masa sama, aplikasi mudah alih ini memboleh­kan pengguna meningkatkan keboleh­capaian maklumat berkaitan usahawan kraf di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia semasa turun padang melihat Kraf Batik Blok milik Ibrahim Deraman di Kampung Talak, di sini semalam.

Mohd. Hafiz berkata, aplikasi COTG diperkenal sejak tahun 2020 bagi memudahkan peminat kraf mendapatkan pelbagai produk kraf hasil kerja tangan usahawan tempatan seluruh Malaysia.

“Setakat ini sudah 3,000 peminat kraf muat turun aplikasi COTG yang memberi banyak manfaat kepada mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya