25 wanita sertai Perantis

25 wanita sertai Perantis

SERAMAI 25 peserta wanita menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (Perantis).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 25 wanita dipilih menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (Perantis).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kesemua mereka itu dipilih oleh barisan panel penilai luar setelah melalui proses saringan yang ketat.

“Hampir 4,000 berminat dengan program ini tetapi hanya 25 orang sahaja yang dipilih.

“Senarai itu akan diketahui pada Rabu depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang bersama Pengamal Media Wanita Malaysia di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah serta Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama), Sariha Mohd. Ali.

Program yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan melahirkan lebih ramai pemimpin kaum hawa terutama di peringkat pembuat keputusan untuk memimpin masyarakat ke arah negara maju dan berdaya saing.

Dalam masa sama, ia dapat mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan pemimpin wanita serta pelapis seterusnya.

Jelas Nancy lagi, mereka yang dipilih itu akan menerima bantuan dana berdasarkan projek yang mahu dilaksanakan masing-masing.

Katanya, inisiatif Perantis akan diteruskan lagi pada tahun depan sebagai acara tradisi kementeriannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya