21 pelajar terlibat rusuhan bebas dengan jaminan polis

21 pelajar terlibat rusuhan bebas dengan jaminan polis

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 21 pelajar tingkatan empat dan lima ditahan akibat rusuhan di gelanggang futsal berhampiran sebuah sekolah menengah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kesemua pelajar yang terlibat dalam pergaduhan berkumpulan ditahan pada Khamis dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada salah faham berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

“Mangsa dipukul beramai-ramai dan mengalami sakit pada beberapa bahagian badan dan di hantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan tindakan masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya