20 syarikat India terima geran RM1.5 Juta

20 syarikat India terima geran RM1.5 Juta

Ramanan Ramakrishnan menyerahkan surat tawaran program i-BAP di Kuala Lumpur semalam. -UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 syarikat milik usahawan India diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta melalui program Business Accelerator Programme for Indian Small Business (I-BAP) oleh SME Corp. Malaysia.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, program tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan komuniti India sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI yang mementingkan pertumbuhan ekonomi inklusif.

Menurut beliau, I-BAP menawarkan geran padanan sehingga RM100,000 untuk membantu usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan, termasuk pembelian mesin dan peralatan, penerapan teknologi maklumat, dan promosi pemasaran.

“Dengan bantuan ini, saya berharap usahawan dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti, seterusnya menambah hasil jualan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Sebanyak 81 permohonan telah diterima dengan cadangan tempoh projek berjumlah RM26.14 juta dan permohonan ini telah dinilai serta ditutup pada 31 Oktober lalu kerana telah mencapai komitmen maksimum daripada dana yang diperuntukkan,” katanya pada majlis penyerahan kepada penerima i-BAP di SME Corp. hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, KUSKOP memperuntukkan tambahan dana RM6 juta bagi program I-BAP untuk membantu usahawan dalam kalangan komuniti itu.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, peruntukkan dana bagi program i-BAP akan ditingkatkan selepas perbincangan yang menyeluruh.

“Untuk tahun yang akan datang, saya akan bincang dengan Menteri, Datuk Ewon Benedick dengan Rizal Nainy dan juga selepas perbincangan tersebut, kami akan bawa kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan bantuan peruntukan yang lebih besar bagi program i-BAP ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berkata, RM4.75 juta lagi telah disalurkan kepada 74 perusahaan mikro melalui program Business Accelerator Programme (BAP) 3.0 dan Geran Perniagaan Mikro (GPM).

“Bantuan kewangan yang diterima harap dapat membantu usahawan India melaksanakan projek yang dirancang selain meningkatkan keupayaan dan membantu pertumbuhan syarikat untuk jangka panjang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya