2 jam berjenama, wang RM140,000 lesap kena tipu

2 jam berjenama, wang RM140,000 lesap kena tipu

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Hasrat seorang lelaki untuk mendapatkan imbuhan hasil jualan dua utas jam tangan berjenama miliknya bernilai RM140,000, lebur selepas ditipu seorang pembeli yang membuat pembayaran menggunakan cek tendang. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian bermula pada 27 Oktober lalu apabila peniaga kedai makan itu mengiklankan jam tangan berjenama untuk dijual dalam laman sesawang Facebook dengan harga RM88,000.

Mangsa menerima mesej menerusi Facebook Messenger, seterusnya berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp bagi urusan pembelian dengan suspek.

“Suspek bersetuju membeli jam tangan berkenaan pada harga RM88,000. Pada masa sama mangsa turut menawarkan seutas lagi jam tangan berjenama kepada suspek pada harga RM52,000.

“Suspek bersetuju membeli kedua-dua jam tangan tersebut pada harga RM140,000 dan bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa,” katanya.

Mangsa menerima mesej melalui Whatsapp daripada suspek pada 4 November, menyatakan bayaran RM140,000 di buat ke dalam akaun mangsa melalui mesin deposit cek.

Namun, selepas membuat semakan akaun bank, mangsa mendapati ada kemasukan wang berjumlah RM140,000 dalam akaun miliknya.

Suspek meminta jam tangan berkenaan dihantar kepada syarikat penghantar bagi tujuan penghantaran.

Shahrulanuar berkata, bagaimanapun pada 5 November lalu mangsa mendapati wang RM140,000, tiada dalam akaunnya, sebaliknya suspek menggunakan cek tendang.

“Mangsa yang rasa tertipu membuat laporan polis ekoran mengalami kerugian RM140,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya