17,524 kuarters guru tidak berpenghuni

17,524 kuarters guru tidak berpenghuni

WONG Kah Woh-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 17,524 unit kuarters guru Kementerian Pendidikan (KPM) tidak diduduki berbanding jumlah keseluruhan iaitu 47,855 unit.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, KPM telah menganalisis keperluan untuk menukar fungsi kuarters bagi kegunaan lain, guna sama dengan agensi kerajaan yang lain, membuka sewaan kepada awam dan juga swasta.

Jelasnya, KPM turut mengkaji keperluan pelupusan kuarters yang tidak lagi selamat diduduki dan tiada permintaan untuk dirobohkan.

“Sebagai contoh, sebanyak enam unit kuarters guru tidak berpenghuni di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu telah ditukar fungsi kepada Bangunan Tambahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus pada Jun 2024.

“Tukar fungsi lain yang telah dilaksanakan ialah tukar fungsi empat unit rumah guru Sekolah Kebangsaan Sungai Mok, Rompin, Pahang kepada pusat intelek pelajar-pelajar SK Sungai Mok tersebut yang dilaksanakan pada 12 Julai 2024.

“Pada 2024, KPM telah memperuntukkan sebanyak RM66.5 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kuarters KPM di seluruh negara bagi kuarters berpenghuni dan sebahagian kecil penyelenggaraan kuarters tidak berpenghuni yang mendapat permintaan untuk diduduki,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kuarters kediaman guru yang terbiar dan perancangan kementerian dalam menguruskan aset milik kerajaan yang tidak digunakan hingga usang dan rosak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya