174 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran

174 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran

SERAMAI 174 individu ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti pelacuran di sekitar Johor Bahru dan Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini menahan 174 individu termasuk 133 wanita warga asing dalam serbuan membanteras kegiatan pelacuran di premis hiburan, rumah urut dan hotel sejak 16 November hingga semalam di bandar raya ini dan Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, dalam Op Noda Khas ke atas 16 premis tersebut, turut ditahan sembilan lelaki dan tiga wanita warga tempatan.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 29 lelaki Vietnam, Myanmar, Filipina dan Pakistan serta 133 wanita Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia, Laos dan China,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pihaknya turut merampas pelbagai peralatan termasuk kondom, cecair pelincir, buku catatan, tisu gulung, tuala, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM14,174 serta 101 botol arak tidak bercukai daripada semua individu tersebut yang berusia antara 18 hingga 34 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 373 dan 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(2) dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya