164 undang-undang pra-1969 diteliti

164 undang-undang pra-1969 diteliti

AZALINA Othman Said semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, semalam.– IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti 164 undang-undang pra-1969 bagi melihat keperluan sama ada ia perlu disemak semula, dikekal atau memerlukan tindakan kajian lanjut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia berdasarkan hasil kumpul semak status terhadap sejumlah 3,404 undang-undang pra-1969.

Katanya, sejumlah 84 dari 164 undang-undang itu disenaraikan untuk disemak di bawah Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1) atau dikekalkan bagi maksud pemberitahuan Seksyen 11 Akta 1.

Selain itu, katanya, sebanyak 80 undang-undang lain pula disenaraikan bagi tindakan kajian lanjut Jabatan Peguam Negara.

“Sebanyak 1,486 undang-undang dalam kategori had its effect/spent/cease to operate/expired/undang-undang pindaan/ undang-undang pemansuhan/ bidang kuasa Negeri atau Si­ngapura.

“Undang-undang dan akta lapuk akan dimansuhkan atau digantikan dengan yang baharu tertakluk kepada keputusan dasar kementerian, jabatan atau agensi yang bertanggungjawab,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas hak berkaitan isu rasuah, Azalina berkata, satu lagi platform pada peringkat tertinggi negara diperkenal dalam usaha perubahan polisi untuk mena­ngani isu rasuah nasional iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN).

Katanya, jawatankuasa tersebut dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dianggotai pe­mimpin-pemimpin utama negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha meluluskan peruntukan undang-undang baharu, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu mencerminkan ketegasan kerajaan.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang yang juga dikenali sebagai liabiliti korporat itu ditambah untuk menggalakkan aktiviti perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah dan mempromosi amalan tadbir urus baik dalam organisasi, bukan bertujuan untuk menghukum organisasi komersial semata-mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya