1,577 cerun berisiko sangat tinggi dikesan 

1,577 cerun berisiko sangat tinggi dikesan 

GAMBAR fail keadaan cerun di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Cameron Highlands yang diperbaiki sejurus kejadian tanah runtuh pada Disember 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya mengesan sebanyak 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu dicatatkan daripada keseluruhan 34,714 cerun yang dipantau menerusi Peta Bahaya dan Risiko Cerun yang dibangunkan Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi 26,722 cerun di Semenanjung, selain Sabah (4,178), Sarawak (3,633) dan Labuan (181).

Menurut kenyataan itu lagi, dalam situasi bencana melibatkan cerun di Malaysia, kementerian melalui JKR berperanan menyediakan nasihat teknikal kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Selain itu kami bertanggungjawab menyediakan jentera, perkhidmatan teknikal dan menilai kerosakan infrastruktur awam selain bertindak melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko bencana cerun.

“Selain itu, tiga Robotic Total Station (RTS) dan sebuah Global Navigation Satellite System (GNSS) telah dipasang di Seksyen 44 dan 46, Laluan FT185 Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang bagi memantau pergerakan permukaan cerun di lokasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Hingga September 2024, sebanyak RM104.84 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja pembaikan cerun melibatkan 147 lokasi di sepanjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

KKR menyatakan bagi 2025, kementerian akan menerima peruntukan sebanyak RM118 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun dan pembaikan pencegahan cerun.

“Pada masa yang sama, kerja penyelenggaraan rutin turut dilaksanakan bagi cerun berkategori amat tinggi dan berisiko tinggi di zon Pantai Timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian negeri Perak. Selain itu, pemasangan dan penyelenggaraan Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh (SAATR) serta naik taraf Sistem Pengurusan Cerun Bersepadu (ISMAS) turut dilaksanakan,” mengikut kenyataan itu lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya