1,500 stesen pengecasan kenderaan elektrik menjelang 2025

1,500 stesen pengecasan kenderaan elektrik menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua daerah di setiap negeri bakal mempunyai pos pengecasan langsung (DC) untuk kenderaan jenis berkuasa elektrik (EV) menjelang tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, kementeriannya akan meningkatkan sasaran pos pengecas DC dari 1,000 unit ke 1,500 unit.

“Tumpuan bukan kepada berapa pos pengecasan tetapi pos pengecas DC kerana DC adalah pengecasan berkelajuan tinggi.

“Ketika ini kita mempunyai 500 pos pengecas DC. Untuk daerah yang tiada pos pengecasan itu, MITI sedang bekerjasama dengan Kerajaan Selangor dan Johor untuk memastikan sekurang-kurangnya ada beberapa pos pengecas DC.

“Kita berharap selepas projek rintis ini, kita boleh meluaskan kepada semua negeri pula,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku. Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai pendekatan kerajaan untuk memajukan EV dan stesen pengecasan di kawasan luar bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya