144,589 ahli KWSP keluar wang untuk insurans

144,589 ahli KWSP keluar wang untuk insurans

LIM Hui Ying-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 144,589 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memanfaatkan kemudahan pengeluaran simpanan daripada Akaun Sejahtera bagi membeli insurans perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal di bawah Program i-Lindung.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, i-Lindung adalah platform layan diri melalui i-Akaun yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli.

Kata beliau, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri serta ahli keluarga bagi tempoh perlindungan jangka pendek iaitu satu tahun serta jangka panjang sehingga 75 tahun.

“Jumlah pengeluaran terlibat adalah sebanyak RM44.2 juta sejak diperkenalkan pada Julai 2022 sehingga September lalu.

“Bermula Februari lalu, KWSP menambah baik i-Lindung Fasa 2 di bawah PPA yang mana ahli KWSP boleh menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera untuk membeli produk insurans konvensional dan takaful untuk perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat mereka,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Chiew Choon Man (PH-Miri) yang memintanya untuk menyatakan adakah KWSP boleh memperkasakan program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans agar perlindungan perubatan dapat ditawarkan sehingga umur 99 tahun pada kadar yang berpatutan.

Mengulas mengenai cadangan tersebut, Hui Ying berkata, Kementerian Kewangan (MOF) menyambut baik cadangan itu dan akan terus menambah baik program i-Lindung bersama-sama syarikat insurans dan pengendali takaful.

“(Ini) agar dapat menawarkan pelan perlindungan perubatan yang lebih baik kepada ahli KWSP dengan kadar premium yang berpatutan di masa akan datang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya