14 ahli sindiket ‘calling centre’ warga China ditahan di Ampang

14 ahli sindiket ‘calling centre’ warga China ditahan di Ampang

S SASIKALA DEVI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Polis menahan seramai 14 warga China terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian dalam serbuan di sebuah rumah Hulu Kelang, di sini pada 29 November lalu.

Serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, sindiket itu disyaki beroperasi sebagai pusat panggilan dan kesemua suspek berperanan sebagai khidmat pelanggan dalam satu skim penipuan pelaburan atas talian. 

Katanya, beberapa barangan dirampas antaranya 151 telefon bimbit pelbagai jenama, wayar pengecas (empat), modem, router, ipad, komputer riba (tiga), jam tangan mewah, pelbagai kepingan wang kertas (15) dan setangkai kunci.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120b Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. 

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kini direman di bawah Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini 

Tegas Sasikala, tindakan berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap individu yang didapati melanggar undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan ini disaran menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana balai dan ibu pejabat polis berhampiran,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya