13 kementerian perkasa tangani isu kesihatan mental belia

13 kementerian perkasa tangani isu kesihatan mental belia

AHMAD Zahid (tiga dari kiri) meluncurkan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kementerian dengan kerjasama pihak swasta mengembeling tenaga untuk menangani isu kesihatan mental dalam kalangan belia melalui Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030.

Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu tekanan mental dan kegelisahan atau anxiety hingga mengakibatkan kejadian bunuh diri melibatkan beberapa faktor luaran adalah sesuatu yang membimbangkan.

Kata beliau, kejadian bunuh diri boleh berlaku disebabkan  tujuh faktor utama termasuk buli siber dan gaya hidup seseorang itu 

“Namun, perkara ini tidak hanya diserahkan kepada kementerian tertentu sahaja tetapi perlu melibatkan 13 kementerian lain terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Digital dan Komunikasi.

“Penyelarasan ini dilakukan dengan selitan dalam program sedia ada melibatkan kumpulan sasaran belia bersama kementerian-kementerian lain. Penyelarasan ini juga perlu dibuat dengan kadar segera.

“Begitu juga dengan program Rakan Muda yang mana pendekatan diambil dengan turun ke lapangan untuk menyantuni 21,000 warga belia,” katanya pada sidang akhbar Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, komitmen kerajaan ketika ini ialah terhadap 93.47 peratus dalam kalangan belia yang tidak mempunyai persatuan.

“Untuk itu, satu program yang sangat komprehensif dilakukan apabila sebentar tadi kita meluncurkan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 di mana pelan ini dibuat untuk menjadikan garis panduan kepada KBS bersama kementerian lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, jurang sedia ada ketika ini perlu ditutup segera menerusi kerjasama KBS dan KKM dengan penyediaan garis panduan tindakan susulan kejadian bunuh diri.

“Dalam perbincangan mengenai kesihatan mental sebentar tadi, KBS akan bekerjasama dengan KKM kerana kita telah melawat agensi mereka dan kita melihat bahawa terdapat jurang yang sedia ada ketika ini perlu ditutup.

“Sebagai contoh, cubaan bunuh diri pada ketika dahulu merupakan satu jenayah namun kini tidak lagi. Kita mahukan setiap kes (ingin bunuh diri) itu mempunyai tindakan susulan bukan sahaja untuk belia yang mengalami tekanan malah sistem sokongan belia tersebut.

“Jika kita tidak tangani dan wujudkan garis panduan tindakan susulan, kes (ingin bunuh diri) lain berkemungkinan berlaku daripada sistem sokongan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya