120,183 pegawai ekspatriat bidang IT berada di Malaysia  - Saifuddin

120,183 pegawai ekspatriat bidang IT berada di Malaysia  – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 120,183 pegawai ekspatriat dari lima negara  dengan kepakaran dalam  bidang perkhidmatan dan teknologi maklumat (IT) dikeluarkan  pas oleh  Jabatan Imigresen berdasarkan tangga gaji yang ditetapkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, lima negara itu melibatkan Cina (27,460), India (23,131), Filipina (9,302), Jepun (8,739), Indonesia 8,333 sekali gus menyumbangkan kepada 64 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Manakala ekspatriat dari lain-lain negara berjumlah 36 peratus daripada jumlah keseluruhan pegawai ekspatriat setakat 31 Oktober lalu.

“Impak dari segi ekonomi, secara langsung atau tidak langsung mereka bayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Mereka tinggal di sini, anak mereka bersekolah, mereka melancong, perbelanjaan domestik mereka, mereka bayar bil utiliti, mereka melabur.

“Jadi kayu ukurnya ada dua. Yang pertama, Malaysia Productivity Corporation (MPC) mengangkat angka sumbangan atau impak ekonomi keberadaan pegawai ekspatriat di negara kita adalah RM75 bilion, menyamai 4.8 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kayu ukur yang kedua adalah LHDN yang mengumpul sehingga RM100 juta cukai pendapatan daripada kelompok ini. Kedudukan Malaysia kalau dinilai dari segi daya tarik untuk pegawai ekspatriat berada pada kedudukan kelapan daripada 49 bandar utama dunia yang diukur berdasarkan Expert City Ranking 2023,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah dan peratusan warga asing bertaraf nilai tinggi (expatriate) yang berhijrah ke Malaysia mengikut pecahan negara dan nilai sumbangan ekonomi mereka sejak dari tahun 2019 hingga 2023.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa tarikan utama pegawai ekspatriat untuk berhijrah ke negara ini melibatkan kos sara hidup, kestabilan politik, potensi kerancakan ekonomi dan kemahiran di kalangan rakan sekerja tempatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya