GEORGE TOWN: Sebanyak 11 buah motosikal musnah satu kebakaran melibatkan sebuah garaj yang menyimpan kenderaan tersebut di Lengkok Kampung Jawa 2, Bayan Lepas di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.51 pagi itu, sebuah lori dilaporkan turut terbakar. Bagaimanapun, tiada mangsa atau sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, kebakaran melibatakan garaj motosikal (kelas C) dengan anggaran kemusnahan semasa sebanyak 90 peratus.
“Selain 11 buah motosikal, turut terbakar ialah sebuah lori dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 10 peratus,” katanya. – UTUSAN