11 laporan polis berkaitan video didakwa fitnah Anwar- KPN

11 laporan polis berkaitan video didakwa fitnah Anwar- KPN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini menerima sebanyak 11 laporan polis berkaitan satu video didakwa memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kes tersebut diklasifikasikan di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Katanya, setakat ini seramai 12 saksi-saksi yang telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 11 laporan polis diterima di seluruh negara.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas(USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara (AGC)dalam terdekat untuk tindakan lanjut.

Media semalam melaporkan Gabungan 20 NGO iaitu Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) membuat laporan polis berhubung satu video tular didakwa memfitnah Anwar yang dimuat naik seorang individu menggunakan akaun “Papa Berry Studio” di platform YouTube.

Jurucakap gabungan itu, Shahbudin Embun berkata, vidoe itu didakwa cuba menghasut orang ramai untuk menimbulkan kemarahan rakyat, terutamanya orang Islam di Malaysia.

“Ini adalah fitnah, perbuatan jahat, dan satu penghinaan terhadap beliau (Anwar) kerana kita tahu dari zaman mudanya lagi, beliau telah memperjuangkan hak rakyat Palestin dan kami, NGO tidak akan berkompromi dengan perkara ini.

“Saya berharap pihak polis dapat menyiasat kes ini di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma,” katanya.

Antara ahli gabungan NGO itu yang turut hadir membuat laporan ialah Waris Pekembar Malaysia, Pertubuhan Media Digital Malaysia (Memo), dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Baru-baru ini, satu video memaparkan seorang individu mendakwa kononnya Anwar mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Bagaimanapun, Anwar ketika menjelaskan mengenai isu itu berkata beliau tidak mengiktiraf negara Israel, dan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya