11 ditangkap edar lebih 1.3 tan daun ketum

11 ditangkap edar lebih 1.3 tan daun ketum

KU Mashariman Ku Mahmood (dua dari kiri) di sidang media berhubung kes tangkapan dan rampasan daun ketum dan ubat batuk di Ibu Pejabat Brickfields hari ni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemandu lori antara 11 orang suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti pengederan ketum dari negara jiran, diberkas dalam serbuan di Jalan Tan Yew Lai, Taman Tan Yew Lai, di sini pada 15 November lalu. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan kira-kira pukul 8.50 malam, terserempak dengan beberapa  suspek sedang memunggah barang terlarang tersebut. 

Kata beliau, URB kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pegawai terlibat dan serbuan dibuat telah menahan 11 lelaki berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun di hadapan sebuah rumah kedai. 

“Hasil pemeriksaan, polis merampas bungkusan plastik mengandungi daun ketum seberat 1.34 tan dan kotak mengandungi cecair kodein dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM63,880.

“Turut dirampas sebuah lori jenis Hino, serangkai kunci lori dan serangkai kunci mangga,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, hari ini. 

Menurutnya, premis tersebut disyaki dijadikan stor penyimpanan daun ketum dan cecair kodein.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati, seorang suspek yang bekerja sebagai pemandu lori terlibat dengan aktiviti pengedaran daun ketum dan mendapat bekalan dari seorang lelaki  berasal dari negara jiran. 

“Bekalan yang diambil akan dihantar ke Kuala Lumpur di sekitar kawasan Jalan Tan Yew La  dengan kekerapan seminggu sekali.

“Penahanan reman ke atas suspek bermula 16 hingga 22 November di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Beracun 1952.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dapat dibekalkan kepada 2,000 penagih,” katanya memaklumkan, ujian awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah.

Dalam pada itu, semakan juga mendapati enam suspek mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan kes dadah. 

“Polis masih lagi menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya