10,000 meriahkan Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024

10,000 meriahkan Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024

SEJUMLAH 10,000 meriahkan Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di Masjid Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 peserta hadir pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di Masjid Putra, di sini malam ini.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Program julung kali anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Majlis dimulakan dengan sesi Bacaan Yasin dan solat hajat selepas Solat Ishak sebelum diserikan dengan syarahan perdana serta pengijazahan Sahih al-Bukhari oleh Mufti India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari.

Antara ulama yang turut hadir pada program ini termasuk Sheikh Ismoil Muhammad Sadatov (Uzbekistan); Sheikh Muhammad Awwad Manqoush (Libya); Sheikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani (Mesir); Sheikh Issam As-Subui (Tunisia); Dr Bashir bin Mohamed al-Azhari (At-Taibah) dan Sheikh Dr. Jamal Faruq (Mesir).

Turut serta Sheikh Maulana Abdul Hamid Chin (Malaysia); Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari Al-Makki (Indonesia); Sheikh Maulana Hussein Abdul Kadir al-Yusufi (Malaysia); Sheikh Ahmad Marwazie al-Batawi (Indonesia); Sheikh Wan Muhammad Izzudin (Malaysia) dan Sheikh Abdul Rahim Abdul Rahman (Malaysia).

Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 adalah kemuncak penganjuran Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula pada 10 hingga 21 November 2024.

Program itu telah menerima penyertaan peserta dari dalam dan luar negara seperti India, Arab Saudi, Mesir, Syria, Libya, Tunisia, Uzbekistan dan Indonesia.

Tradisi pengumpulan dan penyebaran hadis telah menjadi tonggak dalam perkembangan Islam sejak zaman sahabat.

Malah, Rasulullah S.A.W sendiri menggunakan kaedah sama’ dengan menyampaikan hadis secara langsung kepada para sahabat yang seterusnya menyebarkannya.

Pada abad pertama hingga keempat hijrah, majlis hadis difokuskan kepada pengumpulan dan periwayatan malah, amalan sama’ dari kitab-kitab hadis mula berkembang pada era
Sultan Nuruddin Zanki dan digunakan sebagai motivasi umat Islam membebaskan al-Quds. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya