1,000 insiden laut direkod sehingga Oktober lalu

1,000 insiden laut direkod sehingga Oktober lalu

DATUK Mohd. Rosli Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,000 kes insiden di laut  direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sepanjang 19 bulan pertama tahun ini sehingga Oktober lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, rekod tersebut termasuk insiden yang berlaku sehingga mengakibatkan kematian.

Justeru katanya, angka berkenaan dijangka bertambah susulan musim Monsun Timur Laut  yang sedang melanda di beberapa kawasan sekarang.

“Di penghujung tahun ini, Monsun Timur Laut merupakan suatu perkara yang kita (komuniti maritim) perlu berhati-hati bagi mengelak kemalangan jiwa di lautan.

“Justeru itu, kita harap dalam musim Musim Timur Laut kali ini kemalangan jiwa dapat dikurangkan berbanding sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil Maritim Malaysia Hari Bersama Media, di sini, hari ini.

Dalam program tersebut, 80 pengamal media menyertai acara menembak yang dipertandingkan antaranya jatuh piring dan ‘precision’.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosli berharap, komuniti maritim berwaspada dengan sebarang perubahan cuaca dan amaran dikeluarkan jabatan berkaitan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Menurut beliau, penggunaan jaket keselamatan dan peralatan tambahan seperti personal locator beacon (PLB) adalah penting bagi memudahkan urusan mencari dan menyelamat.

“Persediaan bagi APMM bukan sahaja di laut malah dalam konteks udara juga sudah bersiap sedia, pasukan udara memfokuskan kawasan yang sukar dicapai untuk operasi menyelamat atau bantuan.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya