1,000 CCTV pintar pantau Greater JB

1,000 CCTV pintar pantau Greater JB

MOHD. JAFNI Md. Shukor (kiri) berbual dengan pelajar semasa melawàt gerai pameran pada Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon 2024 di MBIP, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Wilayah Greater Johor Bahru yang melibatkan empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di selatan negeri ini kini dilengkapi hampir 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) pintar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, empat PBT itu adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Katanya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Transformasi Bandar Pintar 2030.

“Seperti semua maklum, Johor sedang menuju usaha menjadi sebuah ‘smart city’, sejumlah lapan daripada 16 PBT di negeri ini telah menerima pengiktirafan tahap satu dan tahap dua.

“Antara usaha dilakukan adalah dengan pemasangan CCTV pintar. Sebanyak 500 unit telah dipasang di MBJB, manakala 300 di MBPG, 100 di MBIP dan 90 MPKu. Kita sasar dalam tempoh dua tahun akan ada tambahan 500 unit lagi dipasang,” katanya selepas menutup Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon 2024 di MBIP, di sini yang turut hadiri, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad; Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Mohd. Jafni berkata, pemasangan CCTV pintar itu mampu membantu kerajaan negeri meningkatkan keselamatan, kualiti dan kesejahteraan hidup penduduk setempat.

“Sistem CCTV ini menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Antara kelebihannya boleh mengesan pergerakan sesebuah kenderaan selain memantau insiden banjir atau sebaran kegiatan jenayah.

“CCTV ini dipasang di kawasan strategik termasuk di persimpangan jalan dan lokasi-lokasi tumpuan ramai. Ia mengumpulkan pelbagai data dan akan dikongsikan dengan pelbagai agensi demi kesejahteraan semua pihak,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya