100 mangsa banjir awal dipindah di Kemaman - Utusan Malaysia

100 mangsa banjir awal dipindah di Kemaman

PASUKAN penyelamat membantu memindahkan seorang mangsa banjir yang terlantar di kawasan Rumah Mampu Milik Telung Kalong, Kemaman, petang ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kira-kira 100 mangsa banjir dari kawasan Perumahan Rumah Mampu Milik Teluk Kalong dan Kampung Meraga Beris dekat sini menjadi mangsa awal dipindahkan setakat petang ini setelah dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Bagaimanapun jumlah keluarga yang terlibat banjir di Perumahan Rumah Mampu Milik Teluk Kalong masih dalam bancian.

Kesemua mangsa terlibat dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong di sini.

Kawasan perumahan itu mulai dinaiki air pada pukul 2.30 petang.

Proses pemindahan mangsa banjir sedang dilakukan oleh pelbagai agensi pasukan penyelamat termasuk Polis DiRaja Malaysia, Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, jumlah sebenar mangsa banjir sedang dikenal pasti.

Menurutnya, hujan lebat turut menyebabkan beberapa laluan dari Chukai ke Paka, Dungun termasuk di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kijal, dilimpahi air.

“Bagaimanapun, jalan ini masih boleh dilalui semua kenderaan namun pengguna jalan dinasihatkan supaya mengurangkan kelajuan,” katanya.

Hanyan berkata, penduduk di kawasan terlibat banjir dinasihatkan berpindah lebih awal dan mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu memberitahu, seramai 12 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan di PPS Balai Raya Meraga Beris di sini kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya