10 lagu layak ke AJL39 - Utusan Malaysia

10 lagu layak ke AJL39

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-39 (SFMM39) memuktamadkan 10 lagu yang akan berentap pada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang dijadualkan berlangsung pada Januari, tahun depan.

Antara lagu yang melangkah ke AJL39 adalah Puas Sudah hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh (Marsha Milan), Terus Bersinar ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Datuk Arisz Ab Rahman (Hafiz Suip), Aura ciptaan Ernie Zakri, John Jeeves dan Firdaus Rahmat (Ernie Zakri) serta Pujaanku ciptaan Ali Sarah dan Heidimoru (Masdo dan Aisyah Aziz).

Turut layak adalah dua karya ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh iaitu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini dan Diam (Hael Husaini).

Pasangan suami isteri, Stacy dan Akim turut mengisi kekosongan 10 lagu ke AJL39 apabila lagu ciptaan mereka, Sengaja nyanyian Amir Masdi, juga mara ke malam kemuncak di Axiata Arena nanti.

Sebuah lagi lagu ciptaan Akim dan Stacy bersama kumpulan Akim & The Majistret iaitu Saksama berjaya melangkah ke AJL39.

Pada masa yang sama, lagu Risiko yang dihasilkan Apipapol, Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju dan MK K-Clique juga menempah kedudukan di anugerah berprestij itu.

AJL39 juga menyaksikan pertarungan sengit barisan penyanyi-penyanyi hebat termasuk juara empat kali vokal terbaik, Hafiz yang dijangka memberi saingan bagi merebut trofi kategori yang sama pada edisi kali ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya