10 Bahagian Bersatu digantung boleh bermesyuarat mulai minggu depan - Utusan Malaysia

10 Bahagian Bersatu digantung boleh bermesyuarat mulai minggu depan

HAMZAH Zainudin berbual dengan perwakilan pada Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Sungai Bayor di Selama hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Sebanyak 10 Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digantung boleh memulakan mesyuarat peringkat cawangan mulai 7 November ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada bahagian-bahagian yang terlibat dan menetapkan pada Disember ini untuk mengadakan mesyuarat Pemilihan Peringkat Bahagian.

“Mengenai 10 Bahagian Bersatu yang digantung, ia bukanlah bersifat selamanya tetapi mereka boleh memulakan mesyuarat peringkat cawangan dan pada Disember pula mengadakan mesyuarat Pemilihan Bahagian.

“Pengantunggan dilakukan bagi Bahagian yang tidak cukup korum untuk mengadakan Persidangan Bahagian,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Perasmian Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Orang Ramai (DOR) Sungai Bayor di sini hari ini.

Bahagian Bersatu yang digantung melibatkan Hulu Langat dan Kota Melaka.

Bahagian lain yang digantung ialah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya