Zakat, wakaf peranan besar pembangunan ekonomi negara

Zakat, wakaf peranan besar pembangunan ekonomi negara – Fadillah

FADILLAH Yusof menyampaikan cek cura penaja dan Rakan Strategik YAPiEM kepada wakil MRT CORP pada Majlis Perasmian Forum Serantau YAPiEM 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melihat sektor ketiga seperti institusi zakat, wakaf dan infak mempunyai peranan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dalam kewangan Islam, institusi ini
adalah antara institusi sektor ketiga yang boleh digembleng bagi mencapai tujuan itu.

Beliau berkata, walaupun, institusi-institusi ini di bawah seliaan kerajaan, namun agensi-agensi ini menerima sumbangan sama ada dalam bentuk zakat, wakaf atau infak daripada khalayak ramai.

“Malah, sumbangan ini boleh digunakan oleh agensi-agensi ini mengikut kaedah yang telah ditentukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Forum Serantau YAPEIM 2024 atau FSY2024, di sini hari ini.

Katanya, sektor ketiga ini merangkumi organisasi dan institusi tidak berteraskan keuntungan
serta badan sukarela dan mereka boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Fadillah berkata, sektor ketiga ini sering kali bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sosial yang tidak boleh disediakan oleh sektor swasta atau awam.

Menurutnya, sektor ini juga dapat menyokong pembangunan ekonomi dengan mencipta peluang pekerjaan dan memberikan sokongan kepada perniagaan nano, mikro dan kecil.

“Melalui program-program yang dirancang bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan, sektor ini
dapat membantu memperkukuh ekonomi melalui peningkatan peranan perusahaan nano, mikro dan kecil.

“Malah, dengan penyediaan latihan dan pendidikan kepada individu, sektor ketiga ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

“Ini bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada individu tetapi juga kepada ekonomi secara keseluruhan dengan menghasilkan tenaga kerja yang lebih berkemampuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya