Zahid ingatkan Guan Eng jangan tuduh UMNO tak bantu mangsa banjir

Zahid ingatkan Guan Eng jangan tuduh UMNO tak bantu mangsa banjir

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng supaya tidak membuat tuduhan berhubung dakwaan kononnya tiada menteri daripada UMNO turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga meminta Ahli Parlimen Bagan itu supaya mengimbau kembali bantuan dihulurkannya ketika musim banjir di Pulau Pinang ketika Guan Eng bergelar Ketua Menteri pada tahun 2017.

“Ingat itu..ingat itu. Jangan bila tiada jawatan dalam kerajaan, tuduh sana dan tuduh sini.

“Sewaktu beliau jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau (Guan Eng) menangis telefon saya pada pukul 3.38 pagi. Dan saya dari Sarawak terus turun ke Pulau Pinang untuk membantu beliau,” katanya.

Dalam perbahasan Belanjawan 2025 baru-baru ini, Guan Eng berterima kasih kepada barisan menteri Kerajaan Perpaduan yang turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan kawasan Parlimennya, namun secara sinis berkata ‘menteri UMNO kurang bantu sikit’.

“Terima kasih kepada menteri-menteri yang telah menolong bukan negeri saya sahaja, Pulau Pinang tetapi juga kawasan Parlimen saya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya