Yusri harap Perak teruskan momentum kemenangan - Utusan Malaysia

Yusri harap Perak teruskan momentum kemenangan

YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Jurulatih Perak FC, Mohd Yusri Che Lah berharap anak buahnya mampu mengekalkan momentum kemenangan seperti dalam tiga perlawanan lalu apabila bertemu Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada Ahad ini.

Beliau berharap pemain fokus dan menumpukan perhatian terhadap tugasan untuk dapatkan mata daripada perlawanan itu nanti.

Selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut, Yusri mengingatkan pemain supaya tidak terlalu yakin untuk perlawanan dengan Sabah.

“Sabah merupakan satu pasukan yang berpengalaman dalam Liga Super kerana memiliki pemain-pemain yang sudah lama bersama dalam satu pasukan.

“Mereka juga memiliki pemain kebangsaan yang kita perlu berikan perhatian selain penyerang baharu pasukan lawan juga perlu dikawal rapi,” katanya.

Mengenai beraksi pertama kali di Stadium Manjung, Yusri sedar tiada kelebihan kepada Perak FC.

Menurutnya, ini kerana Stadium Manjung sudah pasti tidak sama dengan Stadium Perak dari segi permukaan padang dan masa permainan serta cuaca.

“Tiada kelebihan kerana kami juga beraksi buat pertama kali. Dari itu kami sendiri perlu seberapa segera menyesuaikan diri dengan keadaan padang di Stadium Manjung,” ujarnya.

Yusri tidak percaya dengan nasib buruk atau baik dalam bola sepak dan tidak mahu bergantung kepada nasib semata.

Menurutnya, sebaliknya pemain perlu berusaha untuk memenangi perlawanan dengan kepercayaan terhadap keadaan dan kestabilan pasukan.

“Bagi menghadapi perlawanan ini, pemain pertahanan Luis Motta masih dalam senarai kecederaan dan terpaksa disisihkan.

“Kecuali kecederaan yang dialami Motta, pemain lain boleh diturunkan dan saya yakin dapat menurunkan kesebelasan terbaik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya