YBR, UniMAP bantu tingkat kesejahteraan anak austime

YBR, UniMAP bantu tingkat kesejahteraan anak austime

YAYASAN BANK RAKYAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Autism Hub for Educational Resources & Training (A-HEART) UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra menaik taraf Pembangunan Fasiliti Terapi Open Gym bertujuan meningkatkan kesejahteraan golongan autisme dengan bertemakan Sejahtera dan Lestari.

Fasiliti terapi yang dibangunkan di Bangunan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) ini menyediakan ruang terapi berkonsepkan ekosistem yang mensimulasikan persekitaran harian anak-anak autisme dan berkeperluan khas.

Malah, inisiatif menerusi Program Pembangunan Pendidikan itu diharap dapat membantu intervensi lebih berkesan dan selesa untuk golongan istimewa dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta

Projek ini merangkumi pemilihan peralatan terapi yang disesuaikan dengan keperluan anak-anak autisme dan anak-anak berkeperluan khas, demi menyediakan pengalaman terapi yang menyeluruh.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, penyediaan pembangunan fasiliti yang baik merupakan sebahagian daripada hasrat YBR untuk memastikan anak-anak autistik dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan selesa serta membantu mengembangkan potensi mereka.

Kata beliau, fasiliti dibangunkan ini boleh menjadi platform kepada anak-ana k autistik mengembangkan potensi diri dan boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga untuk membantu mereka meningkatkan keupayaan deria, kognitif dan pergerakan motor atau fizikal kumpulan tersebut

“Kerjasama ini merupakan langkah positif bagi memastikan anak-anak autistik mendapat kemudahan pembelajaran yang baik dan memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan mencemar duli ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) hari ini bagi merasmikan fasiliti terapi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya