Yakin kuota 5,125 tempat TVET Belia Malaysia-China ditambah

Yakin kuota 5,125 tempat program TVET Belia Malaysia-China ditambah

SEBAHAGIAN Sehabagian pelajar belia mahir pada majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) di KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerajaan yakin kuota jumlah peserta tempatan bagi Program Latihan TVET Belia Malaysia-China (MCYTT) akan ditambah pada masa depan berbanding 5,125 tempat diperuntukkan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau optimis jumlah itu dapat dicapai susulan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Beliau berkata, buat masa ini, seramai 1,776 peserta mendapat tempat bagi mengikuti program itu sejak ia diperkenalkan Julai tahun lalu.

“Saya yakin dengan hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri China Li Qiang maka, saya fikir kuota itu akan ditambah tahun depan,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan 200 peserta (MCYTT) ke China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sebelum ini, China bersetuju menyediakan kuota sebanyak 5,125 tempat selama dua tahun kepada pelajar TVET negara untuk mengikuti kursus jangka pendek selama dua minggu bagi lapan program TVET di negara itu.

Ahmad Zahid berkata, pada awalnya, cuma 3,125 orang yang ditawarkan untuk diberi peluang mendapat pendedahan TVET di China sebelum 2,000 tempat ditambah pada Mei lalu.

“Saya bersyukur kerana selepas kedatangan saya ke China baru-baru ini, pihak pemerintah China telah menambah 2,000 lagi tempat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, kerajaan bersetuju menanggung sepenuhnya kos penerbangan pergi balik peserta bagi program itu termasuk bagi siri pelepasan sebelum ini dan akan datang.

“Saya dimaklumkan, saudara-saudari yang pergi ke China belajar pada kali ini terpaksa mendapat pertolongan daripada ibu bapa untuk membeli tiket masing-masing.

“Insya-Allah dalam waktu yang tidak lama kita akan bayar balik. Yang dah pergi sebelum ini guna tambang sendiri pun kita akan bayar sebahagian daripada yuran itu,” katanya.

Difahamkan, setiap peserta perlu menanggung sekitar RM3,500 bagi kos penerbangan itu, manakala kos penginapan dan pembelajaran ditanggung sepenuhnya kerajaan China.

MCYTT bermula sejak 2 Julai tahun lalu yang memfokuskan penghantaran bakat TVET dalam kalangan belia ke China bagi latihan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam pelbagai bidang antaranya teknologi kenderaan elektrik, solar, kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber.

Sehingga kini, seramai 1,776 bakat TVET tempatan dalam kalangan belia menjalani latihan di China menerusi institusi TVET serta industri di negara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya