Wartawan Utusan Malaysia rangkul anugerah utama KPA 2024

Wartawan sambilan Utusan Malaysia rangkul anugerah utama KPA 2024

SURAIDAH Roslan menerima anugerah utama Laporan Perniagaan dan Ekonomi bahasa Melayu daripada Lim Haw Kuang, sambil disaksikan oleh Muguntan Vanar pada KPA 2024 di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Wartawan sambilan Utusan Malaysia me­rangkul anugerah utama bagi kategori Laporan Perniagaan dan Ekonomi bahasa Mela­yu dan dua merit pada Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2024, di sini semalam.

Suraidah Roslan menang kate­gori Laporan Perniagaan dan Ekonomi bagi laporan bertajuk UMS hasilkan ikan kerapu hibrid pertama di dunia manakala, merit yang dimenangi masing-masing bagi kategori Laporan Berita (Bukan Rencana) Bahasa Mela­yu dan Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Bukan Rencana) Bahasa Mela­yu.

Anugerah kategori Laporan Perniagaan dan Ekonomi disampaikan oleh Penasihat Khas SMJ Energy Sdn. Bhd., Datuk Seri Lim Haw Kuang iaitu penaja bersama KPA 2024 dan turut disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anugerah Kewartawanan yang menerima 372 penyertaan itu adalah anjuran bersama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar menyatakan hasrat untuk menganjak tempoh penganjuran KPA kepada suku tahun pertama seperti yang dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN