Warga polis usia 40 ke atas kena  buat pemeriksaan kesihatan

Warga polis usia 40 ke atas kena buat pemeriksaan kesihatan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota polis berusia 40 tahun dan  ke atas digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan lebih awal sekiranya terdapat masalah kesihatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pemeriksaan itu perlu dibuat secara berkala dan konsisten sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Malah, menurut beliau, sejak dua minggu kebelakangan ini, terdapat dua anggota polis di Kuala Lumpur meninggal dunia masing-masing akibat pembuluh darah pecah dan sakit jantung.

“Mereka yang berusia 41 dan 52 tahun ini ada buat pemeriksaan kesihatan namun tidak meneruskan (secara berkala). Jadi saya amat tekankan jaga kesihatan dan buat rawatan susulan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas mengenai program itu, Rusdi berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakkan apabila lebih 4,000 peserta menyertai pelbagai acara dipertandingkan.

Katanya, antara acara tersebut ialah Fun Ride 20 kilometer (km), Fun Run 5km, sukaneka, senamrobik dan pelbagai aktiviti untuk keluarga dan kanak-kanak.

“Program hari ini dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang mana bertujuan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

“Sambutan sangat menggalakkan kerana peluang untuk acara larian di sekitar laluan Bukit Bintang tanpa kenderaan pastinya satu kenangan yang berharga buat semua peserta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya