Warga emas ditipu, rugi RM170,000

Warga emas ditipu, rugi RM170,000

SHAHRULANUAR MUSHADDAT ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki warga emas rugi RM170,000 selepas dua tahun melabor dalam satu skim pelaburan palsu akibat tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian bermula selepas mangsa berusia 60 tahun yang juga pesara sebuah universiti awam itu menemui individu yang mendakwa mewakili Syarikat Kenaf Trading Global Sdn. Bhd. pada 8 Jun 2022.

Katanya, melalui pertemuan itu mangsa ditawarkan mengenai pelaburan berkaitan penanaman pokok kenaf yang akan menerima pulangan dividen sebanyak tiga peratus sebulan.

“Mangsa yang berminat dengan pulangan dividen dijanjikan itu seterusnya menandatangani beberapa dokumen perjanjian sebelum melabur sebanyak RM200,000 dengan membuat pindahan ke dalam satu akaun bank syarikat secara berperingkat.

“Selang beberapa bulan kemudian, mangsa telah menerima pulangan sebanyak RM30,000 namun bermula dari bulan Januari 2023 hingga sekarang tiada sebarang keuntungan diberikan menyebabkannya merasakan ditipu oleh individu berkenaan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Susulan itu, Shahrulanuar berkata, pada 3 Oktober (semalam) mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat akibat kerugian RM170,000 daripada pelaburan yang dilaburkannya.

Ujarnya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksima 10 dan sebatan serta hendaklah dikenakan denda.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dan membuat semakan terlebih dahulu daripada pihak berkaitan sebelum melabur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya