Warden asrama berkait GISBH didakwa lakukan amang seksual

Warden asrama berkait GISBH didakwa lakukan amang seksual

MUHAMMAD Miqdam Muhammad Amir (dalam bulatan merah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang warden asrama yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang budak lelaki kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Miqdam Muhammad Amir, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai warden asrama yang mempunyai hubungan amanah terhadap mangsa telah melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh bahagian kemaluan kanak-kanak lelaki itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah, Jalan Bagan Buaya di Nibong Tebal dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS), kira-kira pukul 12 tengah malam pada 11 Julai 2022.

Atas kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama. Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun serta dikenakan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Naqieya Zulkernain.

Terdahulu, ketika prosiding, Naqeiya memohon mahkamah agar membenarkan jaminan paling minimum memandangkan tertuduh kini hanya bekerja sebagai penghantar barang serta tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap dan perlu menjaga kedua ibu bapanya.

Zulhazmi kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain meletakkan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Pada masa yang sama, beliau turut menetapkan 14 November depan sebagai sebutan semula kes.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, empat premis termasuk sebuah rumah jagaan yang dipercayai berkaitan GISBH di sekitar Seberang Perai diserbu oleh pihak berkuasa pada 21 September lalu.

Selain Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah di Nibong Tebal, turut diserbu ialah Rumah Permata Kasih Taman Seri Mengkuang (Pusat Jagaan Kanak-kanak) Kubang Semang, Kedai Kek dan Roti Ikhwan dan Ikhwan BP Mart di Bandar Perda.

Dalam serbuan berkenaan, sebanyak enam buah kitab atau buku yang disyaki berkaitan Ar-Arqam turut dirampas untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya