Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas

Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas

KEADAAN kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang wanita warga emas maut selepas kereta Proton Preve yang dinaiki bersama empat ahli keluarga terbabas dan berpusing sebelum bertembung dengan kereta jenis Perodua Axia di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Selamah Ahmad, 76, yang berada di tempat duduk penumpang belakang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal menjadi semasa kejadian warga emas bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Lojing ke Gua Musang dengan menaiki kereta jenis Proton Preve.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kereta Proton Preve dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Kereta tersebut kemduian telah berpusing masuk masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Perodua Axia yang dinaiki oleh empat sekeluarga.

 “Akibat pertembungan itu, penumpang kedua-dua kenderaan telah mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. Pada 3 petang, pihak Hospital Gua Musang memaklumkan seorang penumpang wanita warga emas meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat. 

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN