Wanita rempuh tiga pelajar hingga maut direman empat hari - Utusan Malaysia

Wanita rempuh tiga pelajar hingga maut direman empat hari

ANGGOTA polis mengiringi wanita (dua, kiri) yang dipercayai merempuh dua buah motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar UiTM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua buah motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun di Jalan Pantai berhadapan universiti itu, di sini, semalam, direman selama empat bermula hari ini.

Perintah reman terhadap wanita berusia 49 tahun itu yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dikeluarkan Majistret, Nur Amira Fatihah Osman
setelah membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Reman tersebut bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan memberitahu, dalam kemalangan pada pukul 7.35 petang itu, wanita terbabit yang memandu SUV terbabit telah merempuh dua motosikal yang dinaki empat pelajar berkenaan yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampus tersebut.

Menurutnya, tiga mangsa yang maut itu ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25.

“Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20, dikejarkan ke Hospital Hospital Dungun, di sini, untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN