Wanita rempuh pelajar UiTM tidak pernah terima rawatan mental

Wanita rempuh pelajar UiTM tidak pernah terima rawatan mental

pelajar
WANITA yang merempuh tiga pelajar UiTM Dungun hingga mati, Rabu lalu, tidak pernah terima rawatan di hospital di Terengganu. - UTUSAN PUQTRA HAIRRY ROSLI/pix
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Wanita yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun dalam kemalangan ngeri pada Rabu lalu tidak pernah mendapat rawatan kesihatan mental di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, berdasarkan semakan pihaknya, rawatan kesihatan mental wanita berusia 49 tahun itu tidak pernah direkodkan di mana-mana fasiliti kesihatan negeri tersebut setakat ini.

“Bagaimanapun, kita tidak pasti sama ada wanita itu ada mendapat rawatan mental di negeri lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menasihatkan setiap ahli keluarga yang berkemungkinan menghidapi penyakit mental agar tampil menghantar individu tersebut mendapatkan rawatan lanjut.

“Jangan malu untuk datang mendapatkan rawatan. Masyarakat kita perlu ubah persepsi mengenai penyakit mental.

“Kita mesti memberi sokongan untuk mereka mendapat sewajarnya agar dapat berubah demi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Rabu lalu, tiga pelajar lelaki UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV.

Tiga mangsa yang maut itu ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Tukirin, 25.

Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20.

Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Pantai di hadapan kampus berkenaan kira-kira pukul 7.35 malam

Nahas itu dikatakan berlaku apabila motosikal yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dirempuh Honda CRV yang dipandu wanita tersebut dari arah belakang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN