Wanita rempuh pelajar hingga maut boleh terlepas tuduhan - Utusan Malaysia

Wanita rempuh pelajar hingga maut boleh terlepas tuduhan

KEADAAN SUV jenis CRV dipandu seorang wanita yang merempuh dua buah motosikal sehingga mengakibatkan tiga pelajar UiTM maut di Dungun, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun boleh terlepas daripada pertuduhan itu jika disahkan mengalami masalah kesihatan mental.

Peguam, Mohd. Hayyatuddin Muhamad, berkata, mahkamah boleh mengarahkan wanita berkenaan untuk menjalani pemeriksaan mental bagi mengesahkan perkara tersebut.

“Isu undang-undang yang akan timbul adalah sama ada wanita itu boleh terlepas daripada pertuduhan (menyebabkan kematian) kerana dianggap tidak waras atau sebaliknya.

“Laporan pemeriksaan kesihatan mental akan menentukan keadaan mental wanita itu semasa kejadian (during commision of the crime) dan sama ada tertuduh layak dibicarakan atau ‘fit to plea’,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut pengamal undang-undang itu lagi, waris mangsa bagaimanapun tidak boleh mengambil tindakan terhadap keluarga atau suami wanita itu atas dakwaan mengabaikan pesakit mental.

“Dalam kes ini, kes dikira kecuaian dalam kemalangan (ketika memandu) dan ketika kejadian hanya wanita itu seorang yang memandu kenderaan sehingga berlaku nahas.

“Tetapi waris empat mangsa yang terlibat boleh membuat tuntutan saman bagi pampasan ganti rugi kemalangan dan bukannya pertuduhan mengabaikan pesakit mental,” tambahnya.

Dalam kejadian pukul 7.35 malam, Rabu lalu, Honda CRV dipandu seorang wanita berusia 49 tahun merempuh dua motosikal yang ditunggang semua mangsa dari arah belakang.

Tiga mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Tukirin, 25.

Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20.

Berikutan kejadian menyayat hati itu, wanita berkenaan ditahan dan direman empat hari yang berakhir Ahad untuk disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya