Wanita muda maut nahas libatkan dua lori

Wanita muda maut nahas libatkan dua lori

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah lori ais dan lori treler di Jalan Ipoh-Kampar, Kampung Pulai, Gopeng, pagi tadi. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Seorang wanita berumur 28 tahun maut dalam nahas melibatkan dua buah lori di Kilometer (KM) 20.3 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Stesen Petronas Kampung Kepayang di sini, kira-kira pukul 5.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, wanita yang dikenali Suhaili Abdul Razak yang merupakan kelindan lori meninggal dunia di lokasi kejadian kerna mengalami kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati, pemandu treler berhenti di laluan kecemasan jalan raya tersebut sebelum secara tiba-tiba pemandu lori melanggar bahagian kanan treler itu,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, pemandu lori tersebut mengalami kecederaan ringan di tangan kanan sementara pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, cuaca baik semasa nahas itu berlaku dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, kedua-dua mangsa lori membawa muatan ais merupakan pasangan suami isteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya