Wanita maut kereta terbalik elak langgar bangkai lembu

Wanita maut kereta terbalik elak langgar bangkai lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama suami serta anak perempuannya terbabas ketika mengelak bangkai lembu di Kilometer 57 Jalan Kota Bharu – Gua Musang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.57 pagi itu, mangsa Norma Mat, 55, yang tersepit di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, kemalangan itu berlaku ketika suami isteri berkenaan dalam perjalanan menghantar anak perempuan mereka pulang ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, kereta Perodua Bezza yang dipandu suami mangsa mengelak bangkai seekor lembu yang berada di tengah laluan.

“Ketika mengelak bangkai lembu tersebut, kenderaan tersebut telah terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik masuk ke dalam longkang. Lembu terbabit disyaki telah dilanggar sebelum kejadian kemalangan itu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mazlan berkata,a kibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit dan telah dikeluarkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.

Katanya, suami mangsa mengalami sakit di bahagian dada serta penumpang belakang iaitu anaknya mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat sementara suami dan anak perempuan mangsa turut mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci akan dijalankan oleh polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya